Balance Sheet

Nama barunya mengikut piawaian perakaunan adalah Statement of Financial Position. Kalau melayu jadi Penyata Kedudukan Kewangan. Jangan la sebut melayu. Pening jap lagi.

Apapun termnya, yang penting kita faham apa yang ada didalamnya. Kita panggil SoFP ya. Pendek sikit nak tulis.

Sebagai pemilik bisnes, part paling penting kita nak tengok adalah bahagian Capital and Reserve. Itu adalah balancing figure hasil dari tambah tolak aset dan liabiliti. Itu adalah nilai hak pemilik.

Apa ada dalamnya? Pertama modal berbayar lah. Modal ni nak kena explain ke? Fahamkan. Berapa modal kita yang sebenar. Ada juga on paper je. Buat je modal RM100,000. Tapi duit tak masuk. Hmm.. itu masalah dari awal. Jangan amalkan.

Lagi yang biasa ada dalam bahagian ni Retained earning. Atau keuntungan terkumpul. Ini dibawa dari awal perniagaan hinggalah pada tarikh semasa. Kalau dia jadi dalam kurungan, itu bukan keuntungan. Itu kerugian terkumpul.

Ada beberapa item lain. Korang pegilah tanya akauntan korang. Kita tak cerita sini.

Modal ni, dia akan tambah keuntungan terkumpul. Atau tolak kerugian terkumpul. Itulah value syarikat. Kalau hasilnya, dalam kurungan, tak ada nilai lah syarikat tu.

Macam mana nak buang kurungan? Tambah modal atau tambah keuntungan. Settle. Nanti kita sambung bahagian lain yang ada dalam SoFP.

Amacam? Dalam kurungan ke tak? Ke takde SoFP?????