Enterprise dan Cukai

ENTERPRISE DAN CUKAI.

====================

“Enterprise pun kena buat akaun ke? Kena kira cukai jugak?”

.

.

Setelah ceritakan kepada seorang sahabat kaedah menyimpan dokumen dengan mudah, beliau tanya soalan ni. Terperanjatlah saya dengar soalan dia. Rupanya masih ramai peniaga yang rasa mereka tak perlu buat akaun.

.

.

Ya, enterprise juga perlu buat akaun. Sebab itu kita perlu simpan semua dokumen perniagaan. Terutama dokumen belanja. Dokumen belanja yang akan selamatkan kita dari kena cukai tinggi yang tak sepatutnya.

.

.

Proses penyediaan akaun bermula dari simpan dokumen seharian dalam bentuk penceritaan. Ini untuk peniaga kecil ya Tuan Puan.

.

.

Encik Meragam peniaga burger di Medan Idaman Gombak.

===========================================

Encik Meragam perniaga dari pukul 5 petang hingga 3 pagi. Beliau memulakan kehidupan dari pukul 11 pagi. Ya la, dia dah solat subuh, dan pergi jogging, lepas tu tido la. Rehat. Penat kot meniaga burger sampai 3 pagi.

.

.

Pukul 11, beliau ke pembekal barang burger, Pamli Burger. Masuk kereta, tengok minyak dah menyala. Beliau terus memandu menghala ke Petrolpump. Isi minyak. Selepas membuat bayaran, Encik Meragam minta resit. Resitnya diselit di dalam wallet. Dapatlah beliau meneruskan perjalanan ke Pamli Burger.

.

.

Sampai di Pamli Burger, beliau mengambil stok stok untuk Jualan harini. Roti, burger daging, ayam, telur, timun, bawang semua dia beli dekat situ. Malas dia nak pergi 2, 3 tempat. Selepas bayar, Encik Meragam minta resit. Selit lagi dalam wallet.

.

.

Harini, beliau kena uruskan pembahruan lessen menjaja. Pergi pula ke DBKL. Parking nak kena bayar pula. Dah bayar, ambil resit. Simpan dalam wallet lagi. Masuklah beliau menguruskan lesen menjaja. Selepas bayar, semua resit beliau simpan dalam poket belakang. besar kot resit DBKL tu. mana muat masuk wallet.

.

.

Teruskan perjalanan. Kalini, Encik Meragam nak ke kedai hardware. Lampu stall ada terbakar satu. Selepas pilih pilih lampu, buat bayaran, ambil resit lagi. ini muat masuk wallet ni.