ADAKAH ANDA PERLU SDN BHD

By REDZUAN HASSAN

5 TANDA TANDA BESAR ANDA LAYAK MENJALANKAN PERNIAGAAN DENGAN
SDN BHD.

Assalamualaikum dan terima kasih kepada anda yang telah mendapatkan ebook ini. Ternyata, anda merupakan pemilik perniagaan yang ingin terus menerus memajukan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Antara kemusykilan peniaga yang baru bermula adalah, “Nak daftar Enterprise ke Sdn Bhd ya?”

Selain dari itu, kemusykilan yang biasa berlaku adalah “Sebenarnya perlukah upgrade Enterprise ke Sdn. Bhd.?”

Kita selalu mendengar nasihat atau kata kata dari orang yang tidak sepatutnya. Kerana apa Tuan Puan? Kerana orang yang sepatutnya bercakap kurang bercakap atau bercakap bila perlu. Saya mengambil pendekatan menulis ebook ini untuk dikongsikan kepada Tuan Puan agar tidak tersalah langkah.

Saya Redzuan Hassan merupakan Pegawai Ketua Eksekutif syarikat AMR Businesss Consultant Sdn Bhd. Saya memulakan kerjaya denga sebuah firma Audit selama 7 tahun dan jawatan terakhir adalah sebagai Pengurus Cawangan. Saya telah membangunkan AMR selama 6 tahun dari satu pejabat kecil sehingga kin kami memiliki 4 pejabat iaitu di Gombak, Shah Alam, Cheras dan Skudai Johor. 

Selama lebih 13 tahun ini saya telah menguruskan lebih dari 1,000 buah Syarikat Sdn Bhd dari pelbagai jenis industri. Pelbagai kemajuan dan masalah yang dihadapi oleh pemilik syarikat Sdn Bhd telah saya temui. Oleh yang demikian, saya ingin kongsikan ilmu dan juga pengalaman saya kepada anda.

Ini antara ayat ayat yang biasa kita dengar atau baca.:

🤔 Sdn. Bhd. lebih banyak kelebihan berbanding Enterprise. (Biasa dengar kan?)

🤔 Dah untung banyak nie, elok convert je ke Sdn. Bhd. (Macam bijak je kan?)

🤔 Sdn. Bhd. senang dapat loan juta-juta. (Ini lah gula-gula yang paling kerap kita termakan)

🤔 Sdn. Bhd. senang dapat kontrak juta-juta. (Ini terus kencing manis kalau termakan)

🤔 Sdn. Bhd. nie baru orang pandang kita macam orang korporat. (Nie yang paling parah la)

.

Sebenarnya diri sendiri yang kena faham bila masa sesuai atau sangat perlu naik taraf Enterprise kepada Sdn. Bhd. Perkataan naik taraf ataupun upgrade ke Sdn Bhd ini adalah terma yang biasa digunakan para peniaga. Hakikatnya, menubuhkan syarikat Sdn Bhd adalah penubuhan baru dan tiada kelangsungan dari Enterprise.

Pengurusan Sdn Bhd memerlukan kos yang tinggi berbanding Enterprise. Jika anda memahami mengapa kos -kos tersebut perlu dibayar, anda tidak akan rasa terbeban.

Anda perlu meneliti tanda-tanda yang ada sebelum menubuhkan syarikat Sdn Bhd. Jadinya, kami berikan 5 Tanda Tanda anda perlu mempertimbangkan menubuhkan Syarikat Sdn Bhd. jika tiada satu pun tanda di bawah ini, maka tidak perlulah tergopoh gopoh menubuhkan Sdn Bhd.

1 . MAHU MEWARISKAN PERNIAGAAN KEPADA KELUARGA


Enterprise tidak boleh diwarisi. Pemilik mati, lesen perniagaan juga mati. Itu hakikat yang perlu ditelan oleh pemilik Enterprise. Saya kongsikan kisah benar yang pernah saya temui dalam sesi konsultasi dengan waris pemilik enterprise.

Samad menjalankan perniagaan membersih sekitar Cheras. Perniagaan Samad dibantu oleh anak dan isterinya. Isteri menguruskan hal pentadbiran dan anak menguruskan hal operasi. Samad jalankan perniagaan menggunakan Enterprise. Nama  beliau seorang sahaja dalam pendaftaran lesen perniagaan beliau.


Kebanyakan sumber pendapatan perniagaan adalah dari kontrak dengan PBT untuk tempoh 6 bulan, setahun, dan sebagainya.

Ajal datang tak lambat dan tak cepat. Tiba masanya untuk Samad meninggalkan dunia yang sementara ini. Malangnya, baki dalam akaun bank untuk membayar gaji pekerja sudah dibekukan selepas bank mengetahui hal kematian Samad. Lebih malang lagi, bayaran akan diterima juga adalah dalam akaun bank tersebut. Isteri dan anak beliau mula pening kepala kerana ada beberapa contract dengan PBT masih berjalan, malah ada yang baru sahaja bermula. Semua kontrak atas nama perniagaan Smad, dan kini lesen perniagaan tidak dapat dipindah milik.

Semuanya lebur dan isteri serta anak terpaksa bermula semula dengan perniagaan baru.


Ini semua tidak berlaku kepada Sdn. Bhd. Ianya boleh dipindah milik walaupun pemilik asal sudah meninggal dunia. Mengikut pengalaman kami menguruskan syarikat sdn bhd, urusan bank selesai dalam masa 4minggu manakala projek atas nama syarikat tidak terjejas dan masih diteruskan.

Syarikat Sdn Bhd adalah entiti berasingan dari pemiliknya. Pemilik mati, syarikat masih hidup. Tidak seperti Enterprise.

Jika anda ingin memastikan perniagaan anda terus diwarisi selepas anda tiada, anda perlu menubuhkan Sdn Bhd segera.

Tapi…!! Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum anda memutuskan untuk mewariskan perniagaan kepada keluarga. Antaranya:


Perniagaan anda mampu bertahan.

Perniagaan anda menjana keuntungan.

Perniagaan anda mempunyai nilai.

Ahli keluarga atau waris anda sudah terdedah dengan operasi bisnes.

Tiada waris yang mahu perniagaan bermasalah, tidak menguntungkan, dan selalu bermasalah untuk waris menyambung perniagaan adalah kerana tidak pernah ambil tahu dalam operasi dan pengurusan perniagaan pemilik asal.

2 . MENSASARKAN KONTRAK BESAR

Jika anda sudah mempunyai perancangan untuk mendapatkan projek atau kontrak besar, anda perlu pertimnbangkan Sdn Bhd. Enterprise akan terdapat banyak kekangan untuk projek atau kontrak besar.

Ini bukan kisah baru nak mula bisnes, target nak cari tender besar. Bukan. Maksud saya disini jika kita sudah berniaga bertahun tahun dan sudah rasa yakin untuk menjalankan projek besar di masa akan datang, bolehlah mula menubuhkan Sdn Bhd. bina track record Sdn Bhd tersebut.

Kerana apa? Kerana Sdn. Bhd. lebih dipercayai. Kerja yang bernilai tinggi tidak diberi kepada perniagaan kecil. Mereka mahu melihat prestasi kewangan Syarikat. Prestasi kewangan Syarikat Sdn Bhd diaudit oleh juru audit bertauliah. Prestasi Kewangan Enterprise tidak diaudit. Jadi, Sdn Bhd lebih meyakinkan.

Jika anda dah biasa main tender, terdapat tender tender yang hanya dibenarkan kepada syarikat Sdn. Bhd. sahaja. Memang sesetengah tender meletakkan syarat sedemikian. Apa pun, yang penting mesti penyata kewangan dan audit dalam keadaan teratur.

Jika masih selesa dengan kontrak kecil kecilan, tidak perlu untuk naik ke Sdn. Bhd.

Jika anda baru nak mula berniaga dan ada janji janji manis nak bagi projek besar selepas tubuhkan Sdn Bhd, janganlah. Banyak kes bawah kendalian saya bermasalah seperti ini. Daftar Sdn Bhd dengan harapan palsu oleh pihak ketiga dan akhirnya, projek tidak dapat, beban mengurus Sdn Bhd terpaksa ditanggung.

3 . MERANCANG UNTUK MEMBUAT PINJAMAN BESAR

Awal perniagaan sebaiknya tidak membuat pinjaman. Untuk kembangkan perniagaan ke level yang lebih tinggi dengan pantas, pinjaman bank adalah salah satu jalan yang boleh dipilih.

Kata-kata orang Berjaya, “saya tidak berniaga guna duit saya.” Guna duit bank atau investor.

Jika begitu, Sdn. Bhd. mempunyai harapan cerah untuk pinjaman yang besar. Sedangkan Enterprise ada sekatan dan limit. Ini tertakluk kepada pencapaian perniagaan. Prestasi kewangan syarikat perlu dijaga dengan baik sebelum membuat pinjaman. Jika Sdn. Bhd. Rugi memanjang, tiada pinjaman akan lulus la.

Tujuan pinjaman adalah untuk kembangkan perniagaan. Bukan untuk selamatkan cash flow. Semasa perniagaan tengah rancak mudah buat pinjaman. Jangan tunggu hingga perniagaan tersungkur. Susah untuk lulus.

Jika anda merancang satu masa nanti akan memerlukan pinjaman perniagaan yang besar contohny untuk memiliki kilang, ataupun memerlukan pinjaman besar untuk projek sebagai pusingan modal, anda perlu bertindak segera untuk menubuhkan Sdn bhd. Ini kerana untuk mencipta rekod kewangan yang baik atas nama Sdn Bhd.

Kebiasaannya, bank akan meminta 2 tahun audit report terkini sebagai salah satu syarat dokumen untuk memproses pinjaman. Maka, anda perlu bertindak 2 tahun lebih awal sebelum membuat pinjaman perniagaan tersebut.

Diingatkan sekali lagi, ini adalah pinjaman perkaitan perniagaan. Bukan pinjaman untuk membeli kereta mewah atau rumah baunglow mahupun pinjaman peribadi. Pinjaman kereta mewah, bunglow atau pinjaman peribadi adalah lebih mudah dengan Enterprise.

4. JIKA MAHU WUJUDKAN “GROUP OF COMPANIES” ATAU ANAK SYARIKAT

Hanya Sdn. Bhd. yang boleh untuk memiliki anak syarikat. Tidak pada Enterprise. Sebelum itu kena faham dulu apa itu anak syarikat.


Anak syarikat adalah syarikat yang mana 50% sahamnya dimiliki oleh sebuah syarikat lain. Syarikat adalah Sdn Bhd. Bukan Enterprise.


Contohnya, Mengah Holding Sdn Bhd memegang 51% saham Mengah Network Sdn Bhd dan Mengah Utility Sdn Bhd. Mengah Network dan Mengah Utility merupakan anak syarikat kepada Mengah Holding. Manakala Mengah Holding dipanggil syarikat induk atau biasanya disebut “Holding Company”. Kesemua syarikat ini dipanggil Kumpulan Syarikat atau “Group Of Companies”.


Jika kita merancang untuk menggunakan strategi ini membesarkan empayar bisnes, maka Sdn Bhd adalah jalannya. Tidak boleh dilakukan dengan Enterprise.


Satu tips paling penting sebelum menubuhkan anak syarikat adalah memastikan pengurusan rekod kewangan dan pentadbiran mampu diuruskan dengan baik. Jika satu syarikat pun masih kelam kabut dalam pengurusan kewangan, banyak syarikat hanya akan menjadikan ianya berisiko.

5.MEMBAYAR CUKAI PERIBADI MELEBIHI RM25,000.

Jika anda menjalankan perniagaan dengan Enterprise dan anda telah membayar cukai pendapatan anda melebihi RM25,000, anda sudah layak untuk memikirkan untuk menjalankan perniagaan dengan Sdn. Bhd. Dengan Sdn Bhd, anda akan menikmati kadar cukai lebih rendah ataupun jumlah cukai perlu dibayar lebih rendah.

Apa maksud kadar cukai lebih rendah?

Bagi pemilik Enterprise, cukai pendapatan adalah berdasarkan untung perniagaan. Kadar cukai adalah mengikut kadar cukai individu. Semakin tinggi nilai untung, semakin tinggi kadar cukai.

Saya beri 2 senario.

Pak Abu menjalankan perniagaan kasut di Gombak dengan keuntungan tahun 2019 dengan keuntungan RM90,000 setelah diambil kira pelarasan keuntungan. Untuk lebih jelas, pelarasan keuntungan ini setelah ditolak dengan tuntutan elaun modal dan ditambah perbelanjaan yang tidak dibenarkan. Gaji yang diambil oleh Pak Abu adalah salah satu belanja tidak dibenarkan dalam pengiraan keuntungan Enterprise.

Ini adalah perkara paling penting untuk diberi perhatian. Iaitu Gaji pemilik adalah belanja yang tidak dibenarkan dalam pengiraan keuntungan Enterprise.

Dari keuntungan RM90,000, Pak Abu boleh tolak pelepasan cukai individu seperti:

Diri sendiri RM9,000
Isteri RM4,000
2 orang anak bawah 18 Tahun (RM2,000 seorang) RM4,000
Belanja gaya hidup (Maksimum RM2,5000) RM2,000
KWSP RM4,000
Insurance nyawa RM3,000
Insurance perubatan RM3,000

Jumlah RM 29,000

Jadi, pendapatan kena cukai Pak Abu adalah RM61,000.00 (RM90,000 tolak RM29,000). Bagi pendapatan tersebut, kadar cukai Pak Abu adalah seperti berikut:

RM50,000 pertama RM1,800
Baki RM11,000 (RM61,000-RM50,000) X (Kadar cukai 14%) RM1,540

Jumlah RM3,340

Pak Abu perlu membayar cukai RM3,340 sahaja dan kadar cukai tertinggi Pak Abu kena hanyalah 14%. Sikit jika dibandingkan dengan Sdn Bhd. Kiranya, Pak Abu tak akan jimat apa apa jika jalankan perniagaan dengan Sdn Bhd. Mantap Pak Abu.

 

 

 

 

 

 


Senario kedua.

Pak Karim menjalankan perniagaan kain batik juga di Skudai, memperoleh keuntungan setelah pelarasan bernilai RM210,000. Dan yang menariknya, pelepasan cukai individu Pak Abu dan Pak Karim sama.

Diri sendiri RM9,000
Isteri RM4,000
2 orang anak bawah 18 Tahun (RM2,000 seorang) RM4,000
Belanja gaya hidup (Maksimum RM2,5000) RM2,000
KWSP RM4,000
Insurance nyawa RM3,000
Insurance perubatan RM3,000

Jumlah RM 29,000

Dari keuntungan RM210,000 tolak dengan pelepasan cukai individu bernilai RM29,000, Pendapatan Kena Cukai Pak Karim adalah RM181,000. Pengiraan cukai Pak Karim adalah seperti berikut:

RM100,000 pertama RM10,900
Baki RM81,000 (RM181,000-RM100,000) X (kadar cukai 24%) RM19,440

Jumlah RM30,340.

Jelas disini, pendapatan Pak Karim sebanyak RM81,000 dikenakan cukai pada kadar 24% sedangkan jika Pak Karim Gunakan Sdn Bhd, kadar cukai hanya 17%. Banyak beza tu. Naya Pak Karim.

Perkiraan ini hanyalah menunjukkan kadar cukai lebih rendah dengan Sdn Bhd. Penjimatan yang lebih ketara boleh dilihat jika kita membuat perbandingan yang terperinci. Antara Faktor pnyumbang penjimatan cukai dlaam Sdn Bhd adalah, Gaji Pemilik bisnes adalah belanja dibenarkan dalam pengiraan cukai Sdn Bhd.

Untuk keterangan lebih terperinci, anda akan mendapat sesi 2 jam percuma selepas membayar deposit sebanyak RM500 untuk penubuhan Sdn Bhd.
.
.

Camne? Ada memenuhi kriteria di atas?

Kalau ada, eloklah Upgrade Sdn. Bhd.

=======

Jom hubungi kami untuk maklumat lanjut:

Urusan Perakaunan, Cukai & Audit:
Whatsapp Link: https://nak.la/akaunbisnes

Urusan Penubuhan Sdn Bhd:
Whatsapp Link: https://nak.la/daftarSdnBhd