KES 3 (BANKRUPT SEBAB CUKAI)
Sebab nak jimat duit, ada seorang pemilik syarikat ni tolak kami sebagai akauntan kerana beliau dah ada akauntan dalam syarikat beliau. Tapi malangnya, akauntan beliau tidak berkelayakan.
Kami hanya diterima jadi ejen cukai sahaja untuk syarikat ni, kemudian beliau kena audit dengan LHDN. Beliau abaikan.
Kemudian LHDN datang pejabat beliau ambil semua dokumen dan LHDN juga pergi ke pejabat auditor dan ejen cukai. Syarikat itu dikenakan penalti cukai sebanyak RM800,000.
Kami berjaya bantu turunkan menjadi RM180,000 sahaja, tapi syarikat itu tidak berjaya bangkit kembali dan akhirnya bankrupt