KAMI URUSKAN AKAUN DAN CUKAI PERNIAGAAN ENTERPRISE & SDN BHD UNTUK WARGA KEDAH. HARGA SEMPOI UNTUK HAMPA
Team Akauntan AMR telah menguruskan akaun kepada lebih daripada 300 Syarikat SDN BHD dan Enterprise di seluruh MALAYSIA yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan dari hartanah kepada penjual pakaian online.
Untuk warga kedah AMR nak bagi harga yuran perakaunan istimewa punya, klik butang hubungi kami
Servis akaun cukai dijamin siap dalam masa yang pantas.
Kualiti Servis yang premium dengan harga berbaloi.
Penyelesaian masalah secara eksklusif setiap client.
Diuruskan oleh akauntan yang mempunyai lebih 13 tahun pengalaman.
ACCOUNTANT KAMI DISAHKAN OLEH MIA, ASEAN CPA & ACCA
Manfaat terpenting dari perkhidmatan perakaunan di Malaysia adalah pematuhan Akta Syarikat 2016. Ini adalah undang-undang bagi setiap syarikat yang berdaftar di Malaysia untuk mengekalkan akaun kewangannya. Oleh sebab ini anda memerlukan perkhidmatan akauntan / juruaudit yang berkelayakan dan berpengalaman. Penyedia perkhidmatan ini membantu perniagaan anda untuk terus mematuhi kehendak undang-undang dan juga standard yang disebut dalam Akta Syarikat 2016.
Dengan mencari perkhidmatan perakaunan luar, anda dapat menjimatkan banyak masa. Maksudnya, anda dapat memanfaatkan masa tersebut dalam aktiviti produktif lain untuk meningkatkan perniagaan anda. Sebagai contoh, anda boleh fokus pada Marketing, yang akan membantu anda menjana lebih banyak pendapatan. Di samping itu, menggunakan perkhidmatan perakaunan membebaskan diri daripada kesukaran untuk belajar atau mencari akauntan yang kompeten. Ini akan membantu anda mengurangkan tekanan berkaitan dengan menjaga akaun perniagaan anda. Sebaliknya, anda dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti perniagaan anda dengan menggunakan perkhidmatan perakaunan.
Apabila anda menggunakan khidmat akaun untuk perniagaan kecil atau entiti besar, anda pasti yakin dengan perkhidmatan akaun atau audit terbaik. Kakitangan yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman akan menjaga tugas perakaunan dengan baik. Tidak kira sama ada anda perlu mengemukakan penyata cukai atau mahu seseorang mengendalikan tugas bookkeeping anda.
Banyak perniagaan di Malaysia yang gagal mengekalkan department akaun yang kompeten. Hal ini berlaku kerana perniagaan itu perlu menanggung gaji yang besar untuk akauntan profesional.
Sebaliknya, jika anda sudah memutuskan untuk memilih perkhidmatan perakaunan luar, anda dapat menjimatkan banyak wang. Sebagai contoh, anda tidak diminta untuk mengambil kakitangan perakaunan untuk syarikat anda. Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang kos yang berkaitan dengan gaji kakitangan, bonus, KWSP atau kos insurans.
Kebiasaanya, syarikat yang menjalankan khidmat perakaunan juga menyediakan semua jenis perkhidmatan yang berkaitan dengan keperluan syarikat anda. Sebagai contoh, khidmat perakaunan ini dapat menangani pelbagai perkara seperti cukai, perakaunan, pengauditan, khidmat nasihat, dan perkhidmatan berkaitan kewangan lain.
Di AMR Business Consultant kami juga menyediakan pelbagai khidmat lain seperti Pensyarikatan, Pengurusan Sumber Manusia(HR) dan Setiausaha Syarikat. klik “hubungi kami” jika anda berminat dengan khidmat yang kami sediakan.
Untuk mendapatkan harga yuran perakaunan anda, klik hubungi kami
Untuk mendapatkan harga Istimewa Warga Kedah bagi yuran perakaunan, klik butang dibawah
akaun untung rugi untuk Rekod Jualan, Kos Jualan, Belanja. Dari rekod ini kita akan tahu Keuntungan Kasar, Keuntungan Bersih dan boleh menganalisis data untuk membuat tindakan segera
Cash flow oleh menerangkan cara duit diterima dan dibelanjakan. Kita boleh membuat anggaran cash flow menggunakan data sedia ada
Balance Sheet disediakan untuk melihat jumlah aset tetap, baki bank, jumlah penghutang, jumlah pemiutang, lain-lain pemiutang, reserve syarikat dan modal
Untuk mendapatkan harga istimewa Warga KEDAH bagi yuran perakaunan, klik hubungi kami
Akaun yang wajib adalah setahun sekali. Selepas berakhir tempoh kewangan.
Anda boleh memilih untuk kami sediakan akaun setiap bulan, setiap 3 bulan, setiap 6 bulan atau setahun sekali. Bergantung kepada keperluan dan kemampuan.
1. Bank statement
2. Invoice
3. Supplier invoice
4. Keratan cek yang telah digunakan
5. Resit resit belanja
6. Bil bil utiliti
7. Slip gaji pekerja/ ringkasan gaji bulanan
8. Buku tunai jika ada
9. Payment/Cash voucher jika ada
10. Agreement sewa beli, sewa pejabat, dan sebarang agreement jika ada
Yuran dikenakan mengikut transaksi bisnes anda. Untuk mendapatkan sebutharga yuran perakaunan anda, klik link ini : SEBUTHARGA AKAUN
Antara Klien Kami:
Nama barunya mengikut piawaian perakaunan adalah Statement of Financial Position. Kalau melayu jadi Penyata Kedudukan Kewangan. Jangan la sebut melayu. Pening jap lagi.
Apapun termnya, yang penting kita faham apa yang ada didalamnya. Kita panggil SoFP ya. Pendek sikit nak tulis.
Sebagai pemilik bisnes, part paling penting kita nak tengok adalah bahagian Capital and Reserve. Itu adalah balancing figure hasil dari tambah tolak aset dan liabiliti. Itu adalah nilai hak pemilik.
Apa ada dalamnya? Pertama modal berbayar lah. Modal ni nak kena explain ke? Fahamkan. Berapa modal kita yang sebenar. Ada juga on paper je. Buat je modal RM100,000. Tapi duit tak masuk. Hmm.. itu masalah dari awal. Jangan amalkan.
Lagi yang biasa ada dalam bahagian ni Retained earning. Atau keuntungan terkumpul. Ini dibawa dari awal perniagaan hinggalah pada tarikh semasa. Kalau dia jadi dalam kurungan, itu bukan keuntungan. Itu kerugian terkumpul.
Ada beberapa item lain. Korang pegilah tanya akauntan korang. Kita tak cerita sini.
Modal ni, dia akan tambah keuntungan terkumpul. Atau tolak kerugian terkumpul. Itulah value syarikat. Kalau hasilnya, dalam kurungan, tak ada nilai lah syarikat tu.
Macam mana nak buang kurungan? Tambah modal atau tambah keuntungan. Settle. Nanti kita sambung bahagian lain yang ada dalam SoFP.
Amacam? Dalam kurungan ke tak? Ke takde SoFP?????
Klik link ini untuk mula uruskan akaun : HUBUNGI KAMI
Kita panggil SoFP ya. Kedua yang kita nak tengok adalah “Net Current Assets” atau “Net Current Liabilities”. Tengok dalam SoFP tu. Mesti ada term tu. Jadi kita kena faham.
Ianya adalah hasil dari Current Assets tolak Current Liabilities. Kalau jawapan dia positif, jadi lah Net Current Assets. Kalau jawapan kurungan, dia jadi Net Current Liabilities. Cuba cek, korang punya kurungan ke tak. Apa maknanya?
Kalau takde kurungan maksudnya, aset aset yang mudah cair dalam tempoh 12 bulan mampu bayar segala hutang yang kena bayar dalam tempoh 12 bulan. Kalau kurungan, maksudnya aset kita tak cukup nak bayar hutang hutang jangka pendek ni.
Pening ke? Camni la. Kita tengok contoh.
Katakanlah dalam Current Asset hanya ada baki bank je. RM30,000. Lain lain current asset takde. Lepas tu, dalam current liability ada hutang kepada supplier RM50,000. Lain lain current liability takde. Jadi, 30,000 tolak 50,000 jawapan dia (20,000). Kurungan tau. Maknanya kita kekurangan 20,000 untuk membayar hutang supplier ni.
Kalau kita bisnes dah lama, selalunya item dia bukan satu la. Banyak. Kita nak kena faham jugak, berapa pantas kita boleh cairkan aset. Tak semua current assets tu boleh cair.
Fahamkan? Ok, next kita tengok apa itu kategori current assets dan tahap kecairan current assets. Esoklah. Kebas otak tulis pepanjang tau.
Klik link ini untuk mula uruskan akaun : HUBUNGI KAMI
Semalam pasal Net Current Assets atau Liabilities dalam Balance Sheet (SoFP). Harini nak cerita pasal jenis jenis Current Assets. Benda ni sejenis aset yang boleh dicairkan atau ditunaikan dalam tempoh 12 bulan.
Yang biasa ada, hutang dari customer atau client. Stok. Cash and bank. Deposit. Hutang pengarah. Dan macam macam lagi boleh jadi. Konsep dia, dalam masa 12 bulan boleh dapat cash. Boleh guna.
Persoalannya, benarkah ianya boleh dicairkan? Kita as business owner kena faham, tujuan dicairkan adalah untuk apa? Untuk menampung kos operasi dan bayar hutang. Kekadang nilai kat current assets ni tinggi. Hakikatnya, nak cairkan pun susah.
Contoh, hutang dari customer. Kalau ikutkan rekod, dia baru lagi hutang. Tak sampai 3 bulan. Jadi, dari segi teori memang dia current aset. Sekali dia ni rupanya bisnes baru menjunam. Tersontot skim pisang emas dibawa berlayar. Ah sudah. Mampu dia bayar dalam tempoh 12 bulan?
Contoh lain. Deposit sewa dimasukkan dalam kategori current aset. Betul. Memang kita boleh dapat balik deposit ni dalam tempoh 12 bulan. Dengan syarat kita keluar dari kedai kita sewa ni. Nak pulak kita keluar? Kalau tak keluar tak cair la dia.
Contoh paling hangat dipasaran. Jadi agent Gotmekmek. Beli stok bebanyak. Memang la produk laku keras. Tengok la siapa sales advisor dia. Masalahnya kat kita ni sebagai agent. Salah mandi bunga, tak jual jual. So, stok berkotak kat tepi peti ais tu boleh dicashkan ke? Kalau boleh ok. Tapi dalam SoFP kita still letak dia bawah current aset.
Contoh terakhir. Hutang dari pengarah atau syarikat berkaitan. Adakah hutang hutang ni boleh dicairkan segera? Mahukah pengarah bayar hutang tu? Kita punya bisnes, kita tahu la.
Kita bisnes owner. Kita tahu status current aset kita. On paper and beside paper. Kita kena jujur dengan diri sendiri. Adakah current assets kita mencukupi.
Bak kata Tuan SS, setakat target sales berjuta apalah sangat, berapa target real current assets kita nak ada hujung tahun 2019. Kita set, kita kejar.
Takkan lari gunung dikejar. Cuma sanggup kejar dengan tak sanggup kejar je gunung tu.
Klik link ini untuk mula uruskan akaun : HUBUNGI KAMI
jika anda ada sebarang persoalan sila hubungi kami.
All Rights Reserved. AMR BUSINESS CONSULTANT SDN BHD 201501000232 (1125564-W)